Monday, February 16, 2009
"The longest ever Pantun Marathon in recent history!!!"Location: Nas nyer Facebook..Time: NightDate: 23rd Jan 2009Zuraimi marah cekak pinggang,
Nak cool down makan betik;
Jika mahu masok gelanggang,
Kena ada dlm lecture perfunes & cosmetics
-Nas
Hinggap jentayu di puncak silara,
Bayu meniup penuh gemalai;
Jika begitu duduk perkara,
Kuucap hanya kata 'Aduhaiii.."
-Zur
Di waktu petang menonton kartun,
Tonton dinosaur bernama Barney;
Jika ingin berserta berpantun,
Sila ke mari siapa yg berani..
-Nan
Sering kita bertutur beralas,
Kadangkala tapi rasa je nak spank;
Teringin diri hendak pantun dibalas,
Tapi serious otak sedang blank..
-Nas
Bahtera lalu di selat tebrau,
Membawa bekalan dari makasar;
Kalau otak sudah kemarau,
Simbahlah air telaga kausar..
-Zur
Beli unta dua puloh dirham,
Untuk berhijrah hujong kuala;
Jikalau otak tiada ilham,
Jangan takot, ada BIMLA!
-Nan
Dari melaka ke batu pahat,
Singgah di joor membeli serunding;
Sedang aku duduk berehat,
Terbayang pula bila nak sanding..
-Zur
Untuk mengelak penyakit kelamin;
Lebih seksi katakan tidak;
Terbayang Zur mahu menjejak pelamin,
Diri pun terfikir begitu jugak...
-Nas
Pergi ladang kelapa sawit,
Tak hati hati dipatuk ular;
Kalau nak sanding tak ada duit,
Jangan takot, ada BIMLA!
-Nan
Kain stera si kasa rubia,
Indah bersulam nilam baiduri;
Baju pengantin sudah tersedia,
Hanya mencari gerangan permaisuri..
-Zur
Sudah tahu dia bertanya,
Nanti ku bagikan silat batin;
Bagi patik yg sudah berpunya,
Boleh tak pinjam baju pengantin?
-Nan
Makan khinzir memanglah jangan,
Berdosa nanti zahir dan batin;
Ijazah segulung belum di tangan,
Sudah fikir pakanira tentang berkahwin?
-Nas
Seluk pekasam ke pangkal lengan,
Hendak memasak hidangna ikan;
Tiada salah manira berangan,
Kernaa ijazah twtap diimpikan...
-Zur
Bersantap khinzir jangan oh jangan,
Terima lah azab di akhirat nanti;
Lebih penting kah ijazah di tangan,
Atau pon cinta tersemat di hati?
-Nan
Mengidam hari ini air kathira,
Tapi Ramadhan belom kesampaian;
Benar juga kata pakanira,
Manira pon banyak impian..
-Nas
Berpeloh-peloh memanjat menara,
Bukan yg biasa tapi menara gading;
Izinkan patik ikut bersuara,
Ijazah penting, kahwin LAGIK penting!
-Chong
Cuaca kan cerah menurut ramalan,
Boleh gi kedai beli terrapins;
Ingin ku tujukan suatu soalan,
Bukan kah Manira capital Philippines?
-Nan
Hujung tidak tajam si gunting,
Belilah baru dari si nyonya;
Siapa kata cinta tak penting,
Tapi pendidikan sama pentingnya..
-Nas
Nyonya kononnya cakap besar,
Kata gunting tak payah diasar;
Sebab jodoh memang tidak ke mana,
Tapi ijazah masih kena dikejar..
-Nas
Pelakon nama Momok Latiff,
Lakonan hebat tidak terkira;
Kalau omputeh cakap calculative,
Melayu cakap byk 'manira'..
-Zur
Masok NUS banyak kawan,
Banyak kawan tidak terkira;
Pergilah rujuk kamus dewan,
Manira tu saya, Calculative tu mengira..
-Nas
Pinjam perahu berkayuh ke hulu,
Tapi ku lupa siapa empunya;
Ingin ku tanya tapi ku malu,
Kalau dean's list-er, berapa mas kahwin nya?
-Nan
Masak nasi dalam ketuhar,
Kerja gila nasi pon hangit;
Ini pepatah buat nasuha,
Wait till u get the hang of it...
-Zur
Enam orang tenggelam dan mati,
Mencari ayam yang terbang ke perigi;
Kalau itu manira kurang pasti,
Tapi konsperm saham lagi tinggi..
-Nas
Di hari raya lauk tersusun,
Ketupat dipotong dengan scissors;
Siape ingin bersanding soon,
Kiter ader kompang services..
-Nan
Amek scissors dengan tangan,
Potong ketupat sampai habis;
Kompang bukan sebarangan,
Kita ader master of base!
-Zur
Master of Base hanya satu,
Boleh diangkat dibawa berarak;
Harga murah layanan bermutu,
Baju melayu berlainan corak...
-Nan
Ada sahabat dari Ghana,
Selalu bertanya 'How are you";
Walaupon baju pelbagai warna,
Hati dan paluan tetap bersatu..
-Zur
White tigers mempunyai taring,
Jika digigit konsperm tempang;
Pastilah paluan enak dan garing,
Setelah a decade bermain kompang..
-Nan
Budak berpeloh buat prata,
Orang memakan tetiba sakit;
Ukhwah kukuh bagai pepatah,
Se-decade-se-decade lama2 jadi bukit..
-Zur
Leftenan adnan mengguna senapang,
Berlawan jepon di bukit chandu;
Sudah sedecade bermain kompang,
Tak ku sangka korang tua sungguh..
-Kamie
Posted by hanan bunny at 11:26 pm
Blogs Worth Reading
Archives
Credits